PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING

Harga pakej ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Madinah Travel & Tours Sdn Bhd boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Madinah Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg pakaian besar & kecil, beg sandang & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
  • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok (Rujuk Perlindungan Takaful/Insurans)
  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Madinah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau  kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.

 

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan
    (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)
  • Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Bagi Pakej Umrah Ziarah Amman, tidak termasuk caj transit visa Amman (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Jordan)
  • Bayaran visa tambahan SR2000.00 sekiranya dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.